Pengemaskinian Maklumat bagi Permohonan Biasiswa Persekutuan 2012

Bagi permohonan baru Biasiswa Persekutuan tahun 2012, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian(URL: http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia) selewat-lewatnya 15 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir.

Segala kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Labels: