Pertama Kali Masak Pizza

 
 Pizza frozen

Kekekekek masak ke? Hahahhaha takde maknanya nak masak sendiri, ini semua beli yang frozen dan masukkan terus dalam microwave. Terliur tau tengok ramai blogger update diorang masak pizza sendiri. Ini pizza malas ok, beli yang siap tinggal nak dipanaskan sahaja. Daku tingin jugak nak beli dough dia tu pastu tabur2 bahan2 yang kita suka kan, tapi tak reti nak beli cheese dia tu. Biasanya yang rajin guna cheese ni uols guna cheese brand apa ye? mahal tak?

 
 Siap dimasak

Ini rupanya bila dah dimasak dalam microwave. Aritu citer pasal keburukan microwave kan, tapi dalam keadaan terdesak macam ni guna jugak kekekek, mulalah nak bisik kat telinga hubby mintak belikan oven ni hehehehhe..tapi kalau dah beli oven kene pandai wat kek dan sebagainya kan, kalau tak oven pon jadik tukun jek kat dapur macam microwave ni. Masa masak ni kitorang masak selama 8 minit. Waktu tu bau dia, fuuhhhhhh syedap!!!!! Bau cheese, bau lada benggala dia tu mengimak2 ke hidung ni hehehhe...semua orang tak sabar nak makan sambil tengok je pizza tu berputar dalam microwave tu....


 
 Ini brandnya, yang penting HALAL

Pas makan ni, rasa nak beli lagi, tapi next time nak try buat sendiri, anak2 pon suke sangat, ikut ibu dia suke makan cheese, nyum2 syedap hahahaha....Yang ni perasa Ayam Hawaiian, memang recommended, tapi yang ni dough dia nipis jek, tak beli yang tebal sebab nanti tak masak pulak, kalau pakai oven api atas bawah mesti sedap dan crunchy kan...Emmm tak sabar nak masak pizza lagi, memang berbaloi2. Oh ye harga sekotak frozen pizza ni RM9 kat TESCO.


Labels: ,