Pertemuan sesama blogger ~ Aanie a.k.a mama adam


Adam ~ Besday boy

Owh pertemuan pertama itu selesai sudah. Ini kali pertama daku bertemu sesama blogger. Bukan apa, rumah Aanie ni kira berdekatan juga dengan rumahku. Sebelum ini pernah juga merancang untuk pertemuan seperti ini, tetapi agak segan sebab daku ini memang pemalu kekekekekke....Mula2 tu hati berbelah bagi jugak tapi bila dipikir balik bila lagi nak jumpe Aanie kan...Hubbyku itu lagilah pemalu, duk tunggu dalam kereta je..Owh syukurla anak2ku itu baik budinya, senang nak mengawal mereka.


Budak2 yang tak sabar nk makan kek hehe

Najwa dan Najiha memang seronok sangatlah sebab dapat makan2. Diorang paling seronok bila dihulurkan goodies bag tu, tak kiralah apa isinya pon, sebab yang pasti mesti ada sweet. Tapi sebelum itu, menu2 di rumah Aanie memang sedap2 belaka, daku tengok anak2 bertiga ni khusyuk menikmati meehun sup tu terutama si Adam, sampai ditegur oleh Auntie Aanie akibat keasyikannya itu, tapi tidak dipedulikan hehehehhe.....


Makan sampai nganga

Rumah Aanie ni dekat dengan Sunway Pyramid tau, wahhh sokmo shoppinglah Aanie. Bestnya...Mula2 tu pusing2 jugaklah nak mencari tapi dengan bantuan Maps Google bertemu akhirnya. Masa daku sampai tu Majlis Bacaan Doa dan Yasin baru sahaja selesai. Kira keadaan waktu tu tidak buat daku rasa malu-malu untuk mengawal pergerakan anak2 terutama waktu nak amik makanan. Ibu makan sikit2 pon takpe janji anak2 ibu kenyang heheheh.....


Adam

Meliuk lentuk bebudak ni

Semoga bertemu lagi kekekeke

So Aanie Tq sebab sudi menjemput ye, jika ada peluang boleh kita bertemu lagi. Katanya EB pon datang jugak, tapi tak sempat pulak nak bersua muka. Untuk Adam, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ye...



Labels: