Program Bursary Untuk Pelajar Cemerlang SPM 2011

Pelajar cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ SPM 2011 ditawarkan Bursary -bantuan kewangan pengajian secara automatik.

Menurut kenyataan akhbar semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan bantuan kewangan pengajian (bursary) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau pra universiti dalam negara

Ianya merupakan bantuan kewangan yang disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan

Dalam pada itu pelajar cemerlang terbabit yang layak boleh membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar Program Bursary mulai 16 April 2012 di laman sesawang KPM dan maklumat lanjut di url http://www.moe.gov.my

Labels: ,