Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Rupa2nya sekolah Najwa adalah dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. So cikgu edarkan surat ini untuk memohon kebenaran ibubapa sebagai persetujuan bagi anak2 menerima susu kotak Dutch Lady ni. Terus teringat zaman dolu2, takde mende ni. Yang ada pon van milo datang sekolah je kan. Owh so sweet memory time tu. Seronok sangatlah Najwa. So seminggu akan dibekalkan 2 kotak seorang.

Susu Coklat

Masa Najwa bawak balik sekotak ni, adik2 duk pakat2 nak minum sorang sikit. Syukurlah mood Najwa okeh time tu, kalau tak mau bergaduh kerana susu sekotak ni kekekeke...jangan kata anak2, ibu abah pon pow sikit jugak hehehehhe, terliur kan, bukan nak minum sangat pon, dapat rasa sikit pun jadikla hahahhahaha...

Protein, Kalsium, Vitamin B

Kalau tengok kat belakang kotak ni, sekotak air ni mengandungi kandungan protein, kalsium dan vitamin B yang mana kita tahu ianya baik untuk kanak2. Yang masih dalam peringkat belajar dan menerima segala macam maklumat yang baik di sekolah. So vitamin ni jugak boleh tapis perkara yang tak baik itu untuk dinyahkan dari minda anak2 kekdahnya

Minum susu jadi sihat dan kuat

Kalau mende free ni memanglah suke sangat kan, tapi moga2 tak berlaku keracunan makanan seperti yang berlaku di sekolah2 lain sebelum ini. Terima kasihlah kepada yang sudi memberi bantuan seperti ini untuk anak2 yang kurang berkemampuan kan.

Labels: