Semakan Pengambilan Matrikulasi Sesi 2012/2013

Buat adik- adik yang masih menunggu keputusan panggilan untuk sambung belajar, di sini ada info tentang semakan pengambilan matrikulasi Sesi 2012/2013.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya untuk mengikuti program matrikulasi bagi sesi 2012/2013 pada hari Rabu 25 April 2012.

Umumnya, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan dengan melayari laman sesawang rasmi KPM pada pautan dibawah:-

http://www.moe.gov.my/

(Aplikasi semakan akan disediakan pada tarikh yang ditetapkan)

Pendaftaran

Pelajar yang berjaya dikehendaki mendaftar pada 28 Mei 2012 dan beberapa dokumen perlu dimuat-turun antaranya:-


1) surat tawaran(Cetak sendiri)
2) panduan pendaftaran
3) dokumen peribadi pelajar
4) borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Rayuan

Kepada yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di aplikasi semakan yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Jangan lupe ye!

Labels: ,