Sewaktu Gegaran tu, kami di Cendol Pak Akob, Shah Alam


 Cendol Pak Akob Seksyen 16 Shah Alam

Petang semalam Aceh digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter di 364 kilometer ke barat daya daerah Simeulue. Yang mana gegaran kuat daripada gempa itu turut dirasakan negara jiran termasuk Malaysia dan Thailand. Amaran tsunami turut dikeluarkan dan penduduk di negeri yang berkenaan diminta supaya menjauhi dari kawasan pantai. Dan Alhamdulillah pada sebelah malamnya amaran tersebut ditarik balik.

Sewaktu itu kami berada di Shah Alam, menikmati cendol Pak Akob ni. Tapi tak terasa apa2 gegaran. Tibalah jam 6 petang tgk Iphone banyak entry tentang gegaran ini. Memang terkejutlah, sebab bacaan gegaran tu memang kuat. Sebab masa tsunami dulu pon gegarannya 9.3 skala Richter.


 
 Rojak dia

Semalam kami saje berjalan2 di Shah Alam, takde mende nak buat kan. Jadi dulu hubby ini belajar di UITM Shah Alam. So dia tahulah mana2 tempat2 best untuk makan2 ni. Jadi dibawanya kami semua ke gerai cendol Pak Akob ni. Daku ni memang peminat cendol pulut kekdahnya. Jadi semua pon balon, sedap tak sedap belakang citer tapi biasanya komenku itu sedap belaka heheheheh...


 
Hubby yang blanje

Dah serupa jalan2 cari makan kan hehehe, hari2 update makanan je,  jangan korang jemu nak baca sudahlah kan hahaha...Adam waktu ini tido dipangkuan ibu dia. Sebab itu ibu dapat menikmati cendol dengan aman skalik ;)...

 
Biasalah, model2 makanan hehehhehe

Sekian, pendek je entry hari ini.
Tak sempat nak pikir ayat bombastik lagi hehehehe

Labels: ,