Sinopsis Mencintaimu | Slot Cerekarama TV3

Sinopsis drama Mencintaimu

Mencintaimu mengisahkan Juliana (Sharifah Amani), berusia 25 tahun nekad untuk tidak mempercayai lelaki lagi kerana sering ditinggalkan tanpa alasan oleh lelaki yang amat dicintainya. Tindakannya itu membimbangkan kedua-dua orang tuanya, Osman (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) dan Zainun (Aida Khalida).

Pertemuan tanpa dirancang dengan Khairul Izwan (Eman Manan) telah merubah kehidupan Juliana. Kehadiran Izwan bagaikan memberi sinar baru buat Juliana kerana sikap prihatin dan kematangan Izwan telah berjaya membuka pintu hati Juliana untuk mempercayai semula erti cinta.

Akan tetapi Juliana bimbang hubungannya bersama lelaki yang hampir seusia dengan kedua-dua orang tuanya itu tidak direstui oleh Osman dan Zainun.

Izwan yang tidak pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini, turut menyintai Juliana dalam diam kerana penampilan serta sikap Juliana saling tidak tumpah seperti seseorang yang pernah singgah di dalam hidupnya. Jesteru, Izwan dan Juliana masing-masing memendam perasaan dan kadangkala bersikap dingin di antara satu sama lain.

Zainun yang mula dapat menghidu perubahan anak gadisnya itu, telah mengajar Juliana memikat hati lelaki serta menentukan penampilan Juliana. Cara penampilan dan tindakan Juliana atas hasil tunjuk ajar ibunya semakin mengingatkan Izwan kepada seseorang.

Lantas Izwan meluahkan perasaannya terhadap Juliana. Namun, konflik mula timbul setelah dia melafazkan isi hatinya dan terpaksa melupakan Juliana kerana kehadiran Zainun.

Apakah yang telah berlaku? Adakah faktor umur yang menjadi punca hubungannya bersama Juliana tidak direstui Osman dan Zainun? Siapakah Zainun dalam sejarah hidup Izwan?

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan lakonan Eman Manan, Sharifah Amani, Aida Khalida, Ahmad Tamimi, Dzarin Kamaruddin, dan Fazlina Ahmad Daud menerusi slot Cerekarama, pada 28 April ini, jam 10 malam.

Drama Mencintaimu menampilkan gandingan mantap Eman Manan dan Sharifah Amani dan merupakan arahan Haris Kadir.

Labels: ,