Testing Comment Box Yang Baru



Fuhhhhh!!! Berpeluh ketiak dan dahi semua, terpercik2 peluh jantan betina. Mana pernah edit blog sendiri kan, nak plak bahagian template yang memerlukan kita buat semua step tu secara teliti. Rasa was-was mula-mula tu, tapi berkat kesabaran dan banyak kali jugaklah preview blog ni sebelum save tu.

Akhirnya, Alhamdulillah berjaya melakukannya!! Daku sebenarnya terbaca di blog http://cmratu.blogspot.com/ yang mana dia gunakan template blogspot tapi ala-ala wordpress lah. Suke tengok rekabentuk WP tu tapi tak mampu rasanya nak gode-gode dah sebab dah serasi dengan blogspot ni.

Tapi bile semangat nak cuba ni kuat dalam diri, maka inilah hasilnya. Syukurlah tak mengorbankan blog kesayangan hamba ini. Pada yang nak mencubanya, boleh saje, daku nak wat tutorial ni, tak berapa reti sangat, tapi korang boleh baca di blog ariffshah yang glemer tu. Kalau agak-agak tak paham nanti berkesempatan, Cik Senah wat tutorial ok?

Fuhhh leganya, barulah korang boleh tinggalkan komen kat sini, dan daku dengan mudahnya terjah blog kawan-kawan ikut link yang ada di bawah kotak komen tu kan...Emmmmphhhh sharing is caring kan?..

Aplikasi ini terpakai untuk entry yang korang update selepas menggunakan comment luv sahaja, maksudnya, entry sebelum ini iaitu yang lama-lama, masih gunakan comment box blogspot yang lama. Kalau korang tengok ada yang tak kene dengan kotak comment luv ni sila bagitahu daku ekk, TQ!!


Labels: ,