Umur berapakah Anak anda mula membaca Al-Quran?



 
Al-Quran pertama Najwa
 
Hari ini genap 5 hari Najwa mula membaca Al-Quran.  Ibu abah mana tak seronok kalau anak-anak dah boleh membaca Al-Quran kan. Walaupun bacaan masih merangkak dengan tajwid yang masih perlu diperbetulkan, ianya menjadi petanda anak-anak sudah boleh mengenali huruf jawi dengan tanda baris dalam ayat tersebut.

Mungkin ramai anak-anak di luar sana yang sudah mula membaca Al-Quran awal dari Najwa ni kan. Daku akui terlambat memperkenalkan Najwa dengan huruf-huruf jawi ini. Umurnya 6 tahun baru diajar membaca Iqra'. Bulan lepas, Najwa mengadu denganku, katanya "Ibu, dalam kelas KAFA, kalau darjah 1 tu, Najwa je yang belum naik Quran lagi". Alamak, adakah silap ibu?.


Bacalah olehmu

Tapi daku anggap itu satu cabaran, untuk kuatkan semangat Najwa supaya perbetulkan bacaan dalam Iqra' dan baru dimulai dengan Al-Quran. Alhamdulillah nampak minat Najwa untuk belajar dan membaca tidak pernah pudar. Budak-budak, biasalah sentiasa nak berlumba-lumba dengan kawan kelasnya yang lain kan.

Minggu lepas kami semua ke Giant, dan kat situ memang ada kiosk yang jual buku-buku agama dengan CD alunan bacaan Al-Quran ni. Najwa memilih Al-Quran yang berwarna pink. Anak perempuan ni memang sinonim dengan warna pink. Itu salah satu cara memikat jugak tau!

Bila dah bahan bacaannya dari warna yang digemarinya, daku pikir nanti lagi Najwa berkobar-kobar nak membacanya kan. Daku bagitau, Kalau nak pegang Al-Quran mesti dalam keadaan berwuduk. Lepas tu setiap kali nak ke sekolah agama KAFA, mesti dah ambil wuduk siap-siap semasa mandi pagi tu.

 
 
Ini pulak untuk Najiha

Daku ingatkan anak-anak, kalau dah dibeli buku-buku ini, jangan lupa membacanya dan amalkan. Buku 101 info seronoknya Solat tu dipilih sendiri oleh Najiha. Dalam buku ini ada info-info asas tentang solat wajib 5 waktu ni. Silap-silap ibu abah pon refer kat buku ini jugak ;).Benda-benda asas bermula dari wuduk sehinggalah solat jamak dan Qasar.

Dalam buku ini juga ada zikir dan doa seharian untuk panduan kita dan anak-anak. Semoga dengan pelaburan dunia ini, dapat membantu kita semua mendapat hasilnya di akhirat kelak. Insya Allah. Owh ya, Al-Quran itu senaskah ialah RM22 dan buku 101 Info Seronoknya Solat itu pula RM9.

 
 
 Isi kandungannya.

Semoga dipermudahkan hendaknya. Amin..


Labels: , , , ,