1Malaysia Pad Ok Ke Tak Ye? | Gambar Dan Spesifikasi

Terbaca dalam paper semalam tentang 1Malaysia Pad ni, daku mana pernah guna aplikasi tablet or IPad ni. Bila tengok harga dan aplikasi macam menarik je, dah terbayang mesti senang nak update blog pasni kekekek. Kene tengok review dulu baru bleh beli ke tak, nak beli online pon boleh, atau kol je diorang untuk tahu lebih lanjut tentang produk ni.

MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Telah diberitakan,mereka mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999.Ciri tablet itu bersize 7 inci di samping aplikasinya juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Menariknya,dengan kemudahan yang dilengkapi, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

Ia lebih menitikberatkan mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia,seiringan dengan spesifikasi yang terdapat pada tablet jenama lain.

Menggunakan sistem popular iaitu android dan dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

Kelebihan kepada Pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Labels: , ,