Akhirnya daku berjaya menderma darah


Sempat peace yo!!

Hari Rabu kelmarin, di ofis daku mengadakan Ceramah Kesihatan dan pelbagai booth dibuka untuk semua staff. Dan yang best tu derma darah. Entry sebelum ini ada daku ceritakan kebaikan untuk kita menderma darah. Nervous jugak sebab seriau tengok jarum dia tu.

Bila tiba kat kaunter pendaftran, hati mula berdebar-debar. Mana taknya ini kali kedua nk menderma. Sebelum ini waktu tingkatan 4 dulu, which was 15 years back, Ya Ampun!!! Disebabkan dah berkobar-kobar ni, dengan hati dan jiwa yang ikhlas daku gagahkan jua kekeke.

Prosedur dia senang je, kita kene jawab soal selidik yang diorang sediakan, check darah dan timbang berat, pastu baru boleh disahkan untuk menderma darah. Muka cuak usah katalah kan...tengok member2 yang duk baring tu diam jek, melayan sakit ke hapa tu? ;)

Bila turn kita dah sampai, pucat lesi rasanya. Mula-mula nurse tu akan inject ubat bius, rasa sakit macam kene gigit dengan semut merah hehehe, pastu baru dimasukkan jarum besar tu, menderu2 darah mengalir masuk dalam plastik bag.

Tak lama lah nak memenuhkan 1 beg darah ni, kejap je..So kepada yang mampu dan boleh menderma darah, jomlah sama-sama membantu mereka yang memerlukan ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan mendapat sambutan baik dari semua.

P/S : Sebelum ini tak dapat nak menderma sebab menyusukan Adam, so dah stop Breastfeed baru boleh derma kekdahnya...


 
Inilah hasilnya :)


Labels: ,