Dalam Hati Ada Taman | Elfira Loy & Randy

KEJAYAAN telefilem Mimpi Sampai Ke Bintang disiar Astro Ria Disember lalu memperoleh rating 1.1 juta penonton membuatkan pelakon sinetron terkenal Indonesia, Randy Pangalila, 22, menerima tawaran Cube Film Sdn Bhd untuk membintangi drama bersiri Dalam Hati Ada Taman.

Seperti Mimpi Sampai Ke Bintang, Randy sekali lagi digandingkan dengan Elfira Loy dalam drama bersiri 13 episod itu yang bakal disiarkan di Astro Ria, Oktober depan.

Lokasi pengambaran cerita ni dibuat di Malaysia dan juga di Paris dan London. Pelakon lain yang terbabit dalam drama itu termasuk Haniz Suraya, Amy Mastura dan Didie Alias.

INFO

Elfira Loy

NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
UMUR: 18 Tahun
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
DARAH CAMPURAN: Melayu, Cina dan Arab
KOMERSIAL TV: Institut Jantung Negara (IJN), Honda Icon, Mee Sedap dan Chikades

Randy Pangalila

NAMA PENUH: Randy Dionysius Pangalila
UMUR: 21 tahun
TARIKH LAHIR: 19 Oktober 1990
DRAMA: Alisha, Gue Banget, Cinta Kirana, Cinta Melody, Nada Cinta, I Love You, Cinta Fitri, Cinta Piano
FILEM: Oh Baby, Kutukan Suster Ngesot, Saya Cinta, Bajingan, Pasangan Romantis, Tiga Cinta.


Labels: , , ,