Hujan di pagi ISNIN, malasnya nak bangun tadi


 
 Jalan yang sesak

Daku tersedar jam 4 pagi tadi, hujan lebat...Emmpphhh sedapnya tidur, bila teringat balik, eh hari ni Isnin ek..alololo kan best kalau hari ini Ahad kekekekek...Dugaan betul kalau hujan di hari pertama permulaan setiap minggu ni kan. 

Kul 6 pagi mata terjaga. Nak siapkan sarapan anak-anak, nak susun beg-beg depan pintu. Memang menjadi kebiasaan daku susun baju dan buku anak-anak pada malam hari, supaya tidak kelam kelibut pagi-pagi nanti. So pagi tu tinggal nak susun semua beg dan baju sekolah di depan pintu rumah supaya tiada yang tertinggal.

Pukul 6 pagi tu, boleh lagi laki den tu tanya,

"Selimut mana ju?"
"Ha bang bangun, dah pukul 6 ni, nak tarik selimut lagi?"

Kekekekek lawak pulak laki den pepagi ni.


 
 Syabas abang polis!

Biasalah kalau dah hujan tu, trafik memanglah jammed kan. Tapi tabik sangat dengan polis traffik yang gagah berdiri di jalanan demi memastikan kita semua sampai ke destinasi kan. Kalau kita pikir sejuk, diorang lagi sejuk kan. Sanggup berpanas, berhujan demi menjalankan tugas dan kewajipan mereka. SYABAS!

 
 
Cinta hati saya kekeke
 
Dalam pada duk mengambil gambar sana sini tu, tup-tup laki den ada kat depan. Eh rasanya den yang kuar umah dulu tadi. Laki den ni duk hantar anak-anak ke rumah pengasuh. Biasalah lelaki kan terror memandu dan mencilok kan. Owhh..inilah juga dikatakan jodoh yang kuat kekekekke. Jangan muntah k..hehehe...Arah kami sama, cume masa balik kojo yang berbezo..malas nak cerciter hehehehhe...

Itulah MPV pilihan hati kami, dah berbulan kami tukar kereta, cuma malu nak tepek kat sini. Kereta biasa2 saje, janji boleh bawa kami jenjalan ke mana-mana dengan selesa. Alhamdulillah, rezeki anak-anak kekdahnya kan...


Labels: , ,