Jom bercuti ke Perak jom!!! ^_^

Semalam tak update blog kan, sebab tetiba rasa kosong..kosong..kosong....kekekekek, biasalah 3 hari tak masuk opis, so menyiapkan apa yang urgent tu.....Sebab apa ye????

Sebab kami semua nak pi ikut abah pi Perak!! Abah still keje, tengok2 projek sekolah, so kami buat aktiviti kami sendiri je nanti. Daku dah google tempat2 menarik kat sana. Kawan opis suruh try mee kicap Ipoh, daku dah google so korang boleh baca kat sini http://ipohmali.blogmas.com/2007/12/03/mee-kicap-popular-ipoh/

Pastu nak jugak try Nasi Goreng Udang Ipoh, nasi goreng dan atasnya ditabur dengan udang, nyum2 mesti best kan?? Boleh baca kat sini.http://foodsmania.blogspot.com/2009/06/food-hunting-nasi-goreng-udang-ipoh.html...Nak try!!! Hehhehe...gambar2 akan diupdate kemudian ek kawan-kawan.

Daku tak pernah pergi rumah hubby kat Perak ni, abah kata kat Simpang Pulai. Kalau nak naik Cameron Highlands 1/2 jam jek hehehhehe...owh ada plan nak naik Cameron highland ni, kene bawak baju tebal. Abah cuti Sabtu nanti, so blehla singgah kejap sambil bergambar dengan strawberry ke. Perancangan macam best kan, kita tengok jelah nanti sama ada pegi atau tak ye.

Ni still di rumah lagi, tunggu abah balik keje, pastu baru bertolak ke Perak, semoga perjalanan kami dipermudahkan pergi dan balik. Korang bawak anak2 bercuti ke mana? Untuk yang bekerja, be happy sokmo!!

Labels: , , , , ,