Kenaikan Pangkat | Berita Baik Buat Guru

Ini sudah tentunya berita gembira untuk semua guru. Semoga dengan pengiktirafan ini bermanfaat dan menyemarakkan rasa semangat semua pihak.

"Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara - bakal menikmati kenaikan pangkat, bermula 1 Jun ini.

Mereka meliputi 8, 222 guru lepasan ijazah dan 15, 831 guru lepasan diploma.

Hadiah itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - ketika melancarkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41, yang bertemakan Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara,di Kuala Kangsar siang tadi.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, semua guru terbabit berpeluang menerima kenaikan pangkat apabila memenuhi tempoh perkhidmatan mulai 1 Jun dan 31 Disember 2012.

Bagi guru lepasan ijazah mereka akan dinaikkan ke gred DG 44 daripada gred semasa DG 41.

Guru lepasan diploma pula daripada gred DG 34 kepada DG 38.

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin turut mengumumkan kenaikan pangkat 430 pengetua daripada gred DG 48 ke gred DG 52, serta 2, 655 penolong kanan gred DG 44 ke gred DG 48.

Sebelum ini, 854 pengetua dan 4, 270 penolong kanan menerima kenaikan sama."

Labels: , ,