Kidzania Malaysia di Mutiara Damansara

Kidzania Malaysia terletak di Curve NX di Mutiara Damansara. Berkeluasan 80,000 kaki persegi, ia boleh memuatkan 1700 pengunjung dalam satu-satu masa. KidZania menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman hiburan untuk kanak-kanak di bandar tetapi bersaiz kanak-kanak.

KidZania memberi inspirasi kepada anak-anak untuk mengejar impian hidup mereka dengan meneroka serta merasai untuk tinggal dan bekerja di bandar seolah-olah berfungsi dalam dunia sebenar.

KidZania menyasarkan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 14 tahun di mana mereka boleh memilih antara 90 aktiviti daripada 60 syarikat. Secara ringkasnya, KidZania membolehkan anak-anak untuk membesar di bandar mini mereka sendiri.

Bagi kanak-kanak kecil dan bayi yang berumur 0 hingga 3 tahun, terdapat satu bahagian khusus yang terletak di tingkat Mezzanine yang dipanggil ‘Urbano, House’.

Kidzania juga telah mata wang sendiri yang dipanggil KidZos, dan kanak-kanak boleh mendapatkan KidZos untuk membayar barangan dan perkhidmatan dan juga ia boleh disimpan di dalam kad ATM (hanya laku di Kidzania sahaja yer.. )!

KidZania bekerjasama dengan syarikat sebenar yang turut sama membantu dalam memberikan pengalama sebenar seperti; perkhidmatan perbankan dan kad ATM disediakan oleh CIMB Bank, AirAsia untuk rakan kongsi syarikat penerbangan, KPJ Healthcare untuk hospital, Dell untuk komputer dan sebagainya.

Kidzania memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menentukan minat mereka sendiri seperti ingin menjadi peguam, polis, ahli bomba, doktor dan sebagainya. Setiap aktiviti boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan.

Ibu-bapa tidak dibenarkan bersama-sama mengikuti aktiviti mereka kecuali teater dan studio tv. Ini bertujuan untuk memastikan kanak-kanak ini lebih bersifat independence serta segala kemahuan dan keputusan adalah di atas tangan mereka sendiri. Tetapi anda jangan risau, kerana setiap kanak-kanak akan disertakan satu gelang khas kawalan radio untuk memastikan lokasi mereka, seperti GPS lah katakan..

KidZania dibuka dari hari Isnin pukul 10.00 pagi - hinggat hari Jumaat pukul 5:00 petang dan kanak-kanak boleh bermain di sana sepanjang hari. Untuk hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum, terdapat dua sesi, iaitu pukul 10.00 pagi – sehingga 3.00 petang dan 4.00 petang sehingga 9.00 malam.

Yuran masuk adalah seperti berikut:

Kanak-kanak kecil (3 tahun dan ke bawah) – RM35 (MyKad & Bukan-MyKad)

Kanak-kanak (4-14 tahun) – RM55 (MyKad) / RM75 (Bukan-MyKad)

Adult – RM35 (MyKad) / RM55 (Bukan-MyKad)

Warga Emas – RM30 (MyKad & Bukan-MyKad)

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari laman web Kidzania Malaysia dia http://www.kidzania.com.my/ atau boleh menghubungi mereka di 1 300 88 Kidz (5439) – 9.00 pagi hingga 8.00 malam (Isnin hingga Ahad).

Labels: ,