LG Cinema 3D Smart TV Menceriakan Deria Anda!


Korang pernah tengok wayang 3D? Pada yang pernah menonton movie 3D pasti merasakan ianya pengalaman yang sangat-sangat mengujakan kan? Kalaulah daku dapat free LG Cinema 3D Smart TV ni alangkah bestnya.

Bukan apa tau, banyak kelebihan-kelebihan LG Cinema 3D Smart TV ni, contohnya dari segi sudut pandang yang luas dan kesan bunyi yang mengujakan. Selain kualiti imej 3D yang lebih baik kerana ia tidak mempunyai kerangka besar seperti televisyen lain, keistimewaan tambahan ditampilkan ialah pengguna boleh melayari internet atau membuat panggilan video menerusinya. Wahhh korang mesti terujakan? #TepukTangan! #TepukTangan!!

Selain itu, penyediaan alat kawalan jauh yang dikenali The Magic Remote turut membantu memaksimumkan kemudahan pengguna dengan satu set fungsi tambahan iaitu Voice Recognition, Wheel, Magic Gesture dan Pointing.


Tengok saja pada gambar di atas, menontonnya seakan-akan gambar itu hidup dan boleh dicapai dengan tangan kan. Bila dah kata sudut pandangnya luas (wide viewing angle), ianya boleh ditonton bersama ahli keluarga yang lain dalam keadaan duduk ataupun baring.

Maksudnya kualiti gambar tetap tidak menjejaskan sudut penglihatan anda. Tapi, janganlah menonton sambil meniarap kan, itu dah tentu-tentu korang tak nampak apa-apa. Kekekekkeke

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang LG Cinema 3D Smart TV ini, korang boleh melayari http://www.lg.com/my/tv-audio-video/televisions/televisions.jsp untuk melihat pelbagai produk LG yang terkini.




Selain itu pihak Nuffnang ada menganjurkan satu parti bagi korang semua merasakan keterujaan dan kehebatan LG Cinema 3D Smart TV ini. #Tepuk#Tepuk lagi ;)....Terdapat juga caburan bertuah yang mana korang berpeluang untuk memenangi 5 units of LG Blu-Ray Players, one Home Theather system and one spanking new 42” Cinema Screen LTV. 

Date: 19th May 2012 (Saturday)
Time: 6.30pm – 8:30pm
Venue: Courtyard Garden, Bukit Damansara
Dress code: Casual

Jadi daku berharap sangat dapat join aktiviti ini dan berpeluang untuk menang LG Cinema 3D Smart TV!! pasti hari-hari depan dilalui dengan keterujaan berganda-ganda!!! So layarilah www.lg.com.my untuk update produk-produk LG terkini yeah!



Labels: ,