Oh My English (OME) di Astro 610 TVIQ

Pernah tengok iklan pendek rancangan ini tak? Best kan? Bagus untuk anak-anak menontonnya dalam mbantu mereka menguasai Bahasa Inggeris ni kan? Diorang buat drama ni dalam bentuk sitcom kelakar so that budak-budak ingat apa kesalahan mereka dalam pertuturan harian.

Secara tak langsung diorang akan mudah mengingati dan memahaminya, memang lawak ;). At least ada jugaklah rancangan yang berilmiah untuk anak-anak ni. Kalau tak, memang tak tengoklah channel TVIQ ni.

Jadi jangan lupe janji anda untuk menontonnya ya. Semoga ia bermanfaat buat semua kan...

Pelakon yang akan menjayakan rancangan OME ini ialah Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Zain Saidin, Izara Aishah dan ramai lagi.

Saksikan di Astro TVIQ channel 610 bermula 20 Mei 2012, Ahad jam 10 pagi.

Sinopsis : Oh My English mengisahkan pelajar-pelajar Kelas 3 Merah SMK Ayer Dalam yang terkenal dengan berbagai kerenah. Tidak siapa ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya nakal, suka buat bising dan keputusan akademik mereka tidak berapa baik. Subjek yang mereka paling tidak gemar ialah Bahasa Inggeris.

Labels: ,