Orang Tegur Saya Kurus ^_^


Peace No War

Owh harus saya terharu kalau tegur saya kurus, mesti nampak muda dari umur asalnya :). Jangan nak telenovela sangatlah kan Cik Senah!! Azam 2011 belum tercapai tau, dah masuk bulan Mei pon kita ni kan, kejap je masa berlalu.

Bukan ibu dia yang kuruslah, tapi si Adam ni ha..Kalau ibu dia dipuji macam ni mau lompat bintang ibu kat situ. Nak je tanya orang tu, "Ibu Adam bagaimana? Nampak susut tak badan ni?" Kekekekeke...Muntah hijau pink kekdahnya nanti. 

Abahlah orang paling happy, sebab takde dah hari-hari orang tanya dia,

"Aju nampak kurus tak bang?"
"A'ah kurus", jawab abah.

Walaupun matanya kat TV, mulutnya meyakinkan daku ni kurus, owh hipokrit sungguh abah ini. Tak suke!!...

Sekarang berat Adam baru mencecah 11.5kg, umurnya sekarang ini 2 tahun 2 bulan. Bukannya tak beri makan, malahan Adam ni berselera tinggi orangnya. Kejap2 makan, kejap2 susu. Mungkin faktor kelasakannnya itu yang membuat badannya nampak susut.


Sumber Google


Semalam Adam kene neb, ini kali kedua, walhal Adam takde asma pon, tapi malam semalam tu nampak Adam batuk2 dan nafasnya pendek2. Bila tengok dada tu berlekok bila bernafas. Daku bawak terus ke Gombak Medical Centre. 

Doctor suggest amik neb, tapi daku tak sempat nak snap foto Adam dalam pada kelam kabut tu. Pas dapat nebulizer tu barulah nampak lapang Adam nak bernafas macam biasa.


Nanti daku share foto rumah terkini

Baru daku perasan, mungkin sebab kami duk sibuk mengemas rumah dan mengecat yang menyebabkan Adam jadi macam ni. Ini anak abah la ni, abah kan ada sinus, so dua-dua pon sama jek. Sama2 bersin, sama2 selsema, sama2 batuk..hmmmm siannya korang. Pasni 10 tahun lagilah baru ngecat umah kekeke...

Sama-sama doakan Adam segera sihat ye, hari ini nampak Adam ok sikit jek dari semalam, masih ada lagi batuk2, selsema dan bernafas kuat. Moga hero2 ibu sihat2 semuanya...

Hari ini, daku keluar visit lagi, nanti baru datang menjenguk rumah kengkawan ye..Adios...



Labels: , ,