Perbandingan Kandungan Lemak Dalam Susu Ibu dan Susu Formula

Dulu masa daku menyusukan anak-anak, ada jugak terperasan kadang-kadang susu perahan badan ni cair berbanding dengan susu formula. Ada yang berkata, susunya kurang khasiat dan tidak cukup lemak. Tapi sebenarnya itu tidak betul.

Jangan risau ya ibu-ibu, susu ibu terbaik. Kandungan lemaknya lebih tinggi daripada susu-susu lain. Tidak percaya? Cuba lihat jadual di bawah.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya lebih lama seseorang ibu itu menyusukan anaknya, maka susu itu menjadi semakin pekat dan berlemak.

Oleh itu susukan anak selama yang mungkin di sebelah payudara, dan tukar kepada payudara sebelah jika dia masih mahu selepas dia berhenti menyusu sebelah dan disendawakan.

Cara lain untuk menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu antaranya adalah:

1) Kerap menyusu
2) sesi penyusuan yang lebih lama.
3) urutan payudara
4) memerah susu sebelum menyusukan anak
5) dan akhir sekali mengubah diet ibu

Ibu-ibu yang menyusukan juga boleh mencuba petua ini. Kisar susu segar bersama buah badam dan kurma. Boleh tambah ais jika mahu ianya sejuk. Dan minumlah. Mungkin ia sesuai untuk ibu-ibu. Keberkesanannya bergantung kepada keserasian masing-masing.

Kandungan lemak dalam jadual di bawah ini adalah anggaran. Info ini dari Ratuhati.com


Labels: , , ,