Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang 2012



Kementerian Pelajaran menawarkan pengisian jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara khas untuk penyandang (KUP) tahun 2012.

Tawaran pensyarah cemerlang terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) manakala tawaran guru cemerlang pula terbuka kepada semua guru sekolah.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, gred jawatan yang ditawarkan pada guru sekolah adalah gred DGA32, DGA34, DGA38, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Khas C.

Sementara itu pensyarah IPG dan IAB membabitkan gred DG48, DG52, DG54, Khas C, gred bagi pensyarah KM ialah DG48, DG52, DG54 manakala gred yang ditawarkan pada pensyarah ELTC adalah DG44, DG48, DG52 dan DG54.

"Borang permohonan serta maklumat lanjut boleh didapati dari semua Pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah serta menerusi laman web http://www.moe.gov.my/jnjk/ atau http://www.moe.gov.my ," menurut kenyataan itu.

Syarat-syarat Umum

1) Telah disahkan dalam perkhidmatan
2) Telah dinaikkan pangkat keg red semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon.
3) Markah laporan nilaian prestasi tahunan ( LNPT ) sekurang-kurang 85% untuk setiap tahun bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.
4) Bebas dari tindakan tatatertib ( rujuk pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2009 )
5) Telah membuat pengisytiharan harta ( tempoh sah laku 5 tahun )
6) Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM )
7) Bebas dari senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan.
8) Diperaku oleh Ketua Jabatan ( Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar )

Tarikh tutup permohonan 25 Mei. Permohonan dari sekolah perlu melalui Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing, manakala permohonan dari IAB, KM, ELTC dan IGP adalah melalui Pengarah institusi masing-masing

Labels: , ,