Sakit Tekak Bukan Sebab Tercekik Tulang Ikan

 
Sakitnya tidak terperi

Korang ingat lagi kan daku ada gi makan di hotel Istana Khamis lepas kan. Pastu Jumaat tu dah rasa sakit tekak sampai ke hari ini. Nak telan punyalah perit dan sakit. Pastu mula teringat kot-kot tersekat tulang ikan kot kat tekak ni.

Amik nasi, kepal-kepal then telan, ada 5 kali jugaklah telan nasi kepal tu, tapi tak lega-lega jugak..last-last tadi gi klinik kat bawah ofis ni, doctor tu check.

"Kenapa hari ini Jun?"
"Sakit tekak doctor, since last Friday, Mungkin tersekat tulang ikan kot".
"Takpe I check...Sebut Aaaaaaaaa....owh bukan tulang ikanlah, Tonsil u bengkak ni".

Alolololo dah berkepal saya telan nasi doctor, kekekekke..Nurse kat sebelah dia tu senyum je, hahahhaha korang pon mesti gelakkan daku kan...kekekekekke....

So dapatlah ubat seperti yang kat atas tu, tapi MC idokle dapat, melampaulah pulak dapat MC kan hahaha, tapi kalau doctor bagi daku amik je tadi hehehehe...


 

Labels: