Selamat Hari Guru | Tema Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru untuk semua Cikgu di Malaysia! Jasa anda tidak ternilai, kalau perasan di MHI pagi Ini, sekolah Najwa masuk tv3 kekekke...

Objektif Hari Guru

1) Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2) Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

4) Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

5) Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.



Labels: , ,