Siaran Langsung Pernikahan SchAwal Di Astro Ria dan Astro Awani

Renjis-renjis dipilis

Malam ini akan berlangsungnya Majlis Pernikahan Awal dan Scha. Semoga mereka akan berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Sama cantik sama padan, moga bahagia berkekalan. :)

Saksikan temuramah eksklusif ahli keluarga, teman-teman rapat, rakan-rakan artis, kenalan dan media mengenai pasangan ini yang akan disiarkan secara istimewa dalam program ini.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Scha dan Awal, jangan ketinggalan untuk menonton program istimewa Seia Sekata SchAwal secara eksklusif di Astro Ria menerusi saluran 104 terutamanya liputan siaran langsung majlis pernikahan pasangan bahagia ini pada hari Jumaat, 4 Mei 2012, jam 9.00 malam yang juga akan bersiaran secara serentak di Astro Awani (501) dan Astro Ria SingTel mio TV (34) di Singapura.

Agenda siaran Seia Sekata SchAwal

1. Siaran langsung pernikahan SchAwal - 4 Mei, 9 malam. (Siaran serentak di Astro Ria, Astro Awani & Astro Ria SingTel mio TV)

2. Kisah hidup SchAwal - 11 Mei, 9 malam (Astro Ria)

3. Paparan majlis perkahwinan SchAwal- 18 Mei, 9 malam (Astro Ria)

Labels: , , ,