Sinopsis Ameera | Slot Samarinda TV3

Samarinda baru bertajuk Ameera akan datang 23 Mei ni arahan Murali Abdullah. Ameera dilakonkan oleh Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina Af, JAsmin Hamid, Faizal Hussein, Hairi anak wayang dan Sabrina Ali. Semua pelakon siri Ameera di hebat hebat belaka ye.

Dari promo ni Ameera mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat. Rita Rudaini melakonkan watak seorang isteri yang tak ada anak, tetapi mengupah seorang wanita lakonan Zarina Af untuk mengandungkan anak dari zuriat suaminya (lakonan Syamsul Yusof).

Kemudian wanita tu diceraikan dengan upah RM360 ribu. Tentunya cerita ni banyak konflik konflik, berkisar tentang pengorbanan, penipuan, tamak haloba.

Ada aksi lawan sikit, nampak Faizal Hussein bawa watak hitam gangster jadi bapak ayam dalam Ameera ni. Jasmin Hamid dan Sabrina Ali pun dah lama tak muncul di kaca tv. Syamsul Yusof sudah berlakon untuk drama pulak.

Info dari : Nurizspace.com

Labels: ,