Sinopsis Cahaya Iman | Slot Cerekarama TV3


Promo Cahaya Iman


Malam ini akan menampilkan satu lagi slot cerekarama bertajuk "Cahaya Iman". Cahaya Iman mengisahkan tentang keluarga Dato’ Khalid yang gembira apabila mendapat berita anak sulung mereka, Ikram akan kembali ke tanah air bersama isterinya. Apabila anak mereka tiba, Dato’ Khalid dan isteri terkejut melihat penampilan Nur Iman dengan baju kurung dan tudung, tidak seperti di dalam gambar yang mereka lihat sebelum ini. Datin Lydia berasa tidak selesa apabila Nur Iman cuba mengajarnya cara Islam. Datin Lydia ingin memisahkan Nur Iman dari anaknya. Apakah yang bakal berlaku kepada hubungan Nur Iman dan Ikram? Lakonan Wawa Zainal, Maria Farida, Amran Ismail dan ramai lagi.

Sumber : kepalabergetar

P/S : Frust betul dengan Astro ni, janji tapi tak ditepati,
mana taknya kata nak buat live pernikahan Schawal tu, alih-alih inglek!
Sabar jelah Cik Senah!



Labels: , ,