Sinopsis Nyanyian Sakaratul Maut | Slot Cerekarama TV3



Nyanyian Sakaratul Maut menceritakan mengenai gadis jelita, Norain dan rakan baiknya, Lina yang juga seorang model dan berkawan rapat dengan Talib yang juga seorang pengedar dadah. Konflik bermula apabila Talib ditangkap polis dan ditahan di penjara selama dua tahun. Ketiadaan Talib menyebabkan Norain berada dalam kegelisahan sehinggalah dia bertemu lelaki kaya, Mansor. Pada mulanya, Mansor cuma menumpangkan Norain dengan keretanya tetapi akhirnya dia jatuh hati dengan gadis itu hingga ingin mengahwininya.

Akhirnya, Norain berkahwin dengan Mansor kerana ingin mengejar kemewahan hidup tanpa pengetahuan teman lelakinya, Talib yang berada di penjara ketika itu.

Cerita ini menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Norain (Neelofa), Shaheizy Sam (Talib), Datuk Jalaludin Hassan (Mansor), Farahdhiya (Lina) dan ramai lagi. Ia akan bersiaran untuk slot Cerekarama di stesen TV3 pada Sabtu, 2 Jun nanti.

Telemovie Nyanyian Sakaratul Maut
PRODUSER: Zizie Ezette A Samad
TERBITAN: BZ 2121 Productions Sdn Bhd
PENGARAH: Haris Kadir
PENOLONG PENGARAH: Mohammad Zawawi @ Awie Deen
PENGURUS PRODUKSI: Jumal Yunus
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Wandy Ismail
PENULIS SKRIP: Sharoman Ahmad
JURUKAMERA: Mohaimin Azaini Mohamad
PENOLONG JURUKAMERA: Mohd Saufi Samsudin
PENATA BUNYI: Shamsul Azha Mat Noor
PENOLONG PENATA CAHAYA: Mohd Sabir Fahmi Labosah
AST PENATA CAHAYA: Muhammad Irwan Abu Bakar
PEREKA SET: Amie
PENOLONG PEREKA SET: Aju
KONTI : Norfafizah Hasnin
HANDY MAN: Anuar Bumikalee
JURUSOLEK: Betty Khairul
RUNNER: Zabidi Abu Bakar @Sagad
AGENSI PELAKON TAMBAHAN: Lee Talent Agency
PERALATAN PENGGAMBARAN: WEBTV Sdn Bhd

PELAKON:
– Jalaludin Hassan (Mansor),
– Neelofa (Norain),
– Shaheizy Sam (Talib),
– Farahdhiya (Lina),
– Hafizuddin (Datuk Jamal),
– Mariani (Hajjah Mariam)

TARIKH SIARAN: 2 Jun 2012 - slot Cerekarama TV3

Labels: ,