Talian MyWeight MyHealth | Mengatasi Masalah Obesiti

Tadi daku terbaca dalam Kosmo Online, mereka yang mengalami masalah obesiti, kini boleh mendapatkan nasihat pakar menerusi talian ”MyWeight MyHealth” kelolaan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Presidennya, Datuk Nacy Ho berkata, bagi mengatasi masalah berat badan berlebihan, orang ramai boleh menelefon talian 1300-800-373, dan khidmat yang diberikan adalah percuma.

Beliau berkata, talian itu diwujudkan khusus bagi orang ramai yang komited dengan penjagaan kesihatan dan berhasrat memiliki berat badan ideal.

Mereka yang menjawab panggilan adalah ahli farmasi terlatih dan dapat memberi panduan serta nasihat berhubung pengambilan ubat yang sesuai dengan keadaan kesihatan pemanggil. — BERNAMA

"Berbagai usaha dijalankan bagi membantu mendapatkan berat badan ideal kan, sebab kalau kita call takdelah segan sangat nak menceritakan masalah kita kan. Semoga ia memanfaatkan semua".

Labels: , , ,