Terima Kasih Abang Dan Anak-Anak

 TQ Abah, Najwa, Najiha, Adam!!

Bukan selalu ibu dapat surprise macam ni. Malam tu abah baru pulang dari Perak. So macam biasalah hidang makanan untuknya, tapi abah pesan buatkan air oren satu jug! Eh pelik tak pernah abah order air banyak tu, biasanya secawan susu Omega Plus je.


 Sedap sangat kek ini, Bakers Cottage Si Gombak

Sedang ibu membancuh air di dapur, abah dan anak-anak di ruang tamu sedang menyiapkan kek rupanya. Wahh terharu ibu, tak sangka dalam pada sibuk tu abah masih ingatkan hari untuk ibu ;).


 Karipap Untuk Ibu, TQ Najiha!

So sweet! Najiha pulak buat karipap untuk ibu, kata pengasuh anak2 ni, ini setahun makan pon tak abis kekekek, so touching! Ini project Najiha di Tadika Little Caliph lah ni. TQ teacher for this lil cute curry puff hihi.

Ibu sayang abah dan anak-anak semua! Setiap hari adalah hari bahagia untuk kita semua kan!! Menggembirakan anak-anak adalah saat terindah dalam hidup, moga dengan ini dapat keberkatan dari Allah dan kekal bahagia ke akhir hayat. 

Najwa waktu ini tidak berbaju, jadi Najwa tiada gambarnya di sini, ha kan dah rugi satu entry tanpa Najwa hehehhee....
 

Labels: , , , ,