Aktiviti Hari Minggu

Bukan aktiviti daku tapi anak-anak ni ha, pagi-pagi lagi duk melayan Upin Ipin kat Astro ni, Channel 615 hihi macam nak ajak korang tengok skalik je kan. Pukul 8 pagi pas sarapan minum susu, mesti duk congok depan tv dah. Kalau bukan daku yang ngajarnya sapa lagik kan, bukan apa senang ibu nak buat keje. Nak basuh baju, vakum umah, mop lantai ewahh mcm banyak je benda nak buat ek

Masalahnya sekarang ni ibu pun sama duk join korang nengok budak botak 2 orang tu, haiihhh!! Apa pon tak boleh! Hihi..Takpelah bagi hiburan kat korang, kalau korang main kat luar kang jerit-jerit ibu panggil korang, so adalah lebih afdal nonton tv kegemaran korang kan.

Biarpun citer ni dah ulang tayang banyak kali, adalah sama sekali tidak menjadikan kami jemu untuk menontonnya, kami tau! bukan bebudak ni hihihi..Kul 8 pagi Upin Ipin pastu kul 9 pagi Boboboi pulak, every weekend memang cenggitu je aktiviti kami, abah kan setiap Sabtu membusy diri di opis.

Oklah dah membelog di iPhone pulak ni, sekian untuk kali ini, nak sidai kain pulak!!