Borang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, JPA sukacita memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan program penajaan biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2006.

Program penajaan ini adalah khusus kepada calon yang mempunyai prestasi akademik dan bukan akademik, ko-kurikulum yang amat cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran, PHD dan sarjana di dalam atau di luar negara.

Bilangan biasiswa yang akan ditawarkan pada tahun ini adalah sebanyak 12 tempat iaitu enam untuk peringkat PHD dan enam untuk peringkat sarjana untuk calon mengikuti pengajian dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi dan undang-undang.

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia;

2) Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;

3) Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;

4) Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;

5) Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan

6) Mendapat tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temuduga.

Borang permohonan biasiswa itu boleh dimuat turun melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my mulai 27 Jun ini dan tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Julai depan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-88853436/3546/3573 atau mengunjungi kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan di Aras 5, Block C1, Parcel C, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya

Labels: , , ,