Budak mana yang tak suka kucing

Cube teka apa yang dikerumuni itu

Rasanya semua kanak-kanak sukakan kucing kan? Sebab kucing ni comel dan manja. Nak pulak jenis kucing siam yang bulunya lebat dan bermata biru kan. Anak-anakku ini memang sayangkan kucing. Berebut-rebut masing-masing nak pegang dan dukung kucing ni.


Tentulah si comel ini

Ibu dia pon sama! Dulu masa kecik-kecik pon bela kucing jugak, Mak daku punya hangin satu badan kalau kucing tu kencing or berak dalam rumah, yelah najis kan, pastu nak solat pon was2 tentang kebersihan rumah nanti.

 Nak didukung pulak ni

Anak2ku ini ada jugak mintak permission nak bela kucing, tapi daku tak bagi, memanglah mau bertukar jadi biru hijau ibu dia ni kalau kucing tu melepas nanti kan huhu. Brother DenaiHati pon ada berkongsi cerita tentang kucing ni, katanya sesiapa yang suka kucing ni punya sifat penyayang yang tinggi. Emmm memanglah ;). Dan kucing juga menjadi binatang kesayangan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.


 Nak kemana tu kucing? ;)

Adam tu kalau tengah makan kat Kedai, mau dia turun dari kerusi makan tu semata-mata nak kejar kucing tu. Sambil kejar tu mulut memanggil-manggil si kucing tu.

"Cat! Cat! Cat" katanya.

Mencanak-canak kucing tu lari tak keruan, kalau yang manja tu sampai boleh dibawak bergurau, Adam pulak naik tak keruan ;).

Seronok tengok anak2 ni bergurau dan bermanja sesama mereka. Semoga kamu semua menanamkan rasa sayang dalam diri seumpama kamu semua sayangkan kucing tu ye. Tapi kalau korang bercakar sesama korang tu pon macam kucing jugak! Hihihihi
 

Labels: , ,