Drama Parut Ashikin | Eman Manan & Erra Fazira

SINOPSIS DRAMA Parut Asyikin

Parut Ashikin mengisahkan percintaan antara Muas lakonan Eman dan wanita muda bernama Ashikin (Erra). Tanpa pengetahuan Ashikin, Muas menyimpan satu rahsia besar yang sangat dikesalinya.

Ketika muda, Muas dan sahabat karibnya, Lazim (Bohari) bersembunyi dalam rumah bagi mengelakkan ditangkap penduduk kampung.

Mereka membunuh pemilik rumah itu dan ketika menguruskan mayat, ada wanita yang menunggu masa melahirkan bayi dalam kandungan menjerit di muka pintu. Wanita itu terkejut melihat kehadiran dua lelaki tidak dikenali menguruskan mayat suaminya.

Muas sedar sampai masa wanita itu bersalin dan membantu wanita itu biarpun ditegah Lazim. Muas memenuhi permintaan wanita itu supaya mengiqamatkan bayi yang dilahirkan.

Ketika itu Muas terdengar bisikan supaya melakukannya dengan ikhlas kerana bayi itu adalah jodohnya. Selesai memenuhi permintaan itu, dia terdengar lagi bisikan supaya menjaga anak itu dengan baik kerana kematiannya nanti berpunca daripada gigitan labah-labah hutan.

Muas tiba-tiba naik angin lalu mengambil kerambit dan mengelar bayi itu. Orang ramai yang mendengar jeritan menerpa ke rumah itu. Muas berjaya melepaskan diri, tetapi Lazim berjaya ditangkap.

Karya berjudul Parut Ashikin yang akan bersiaran di Astro Citra saluran 131 pada 17 Jun ini, jam 10 malam, menggandingkan pelakon hebat, Eman Manan dengan primadona alaf baru filem Melayu, Erra Fazira buat kali pertama. Pelakon lain, Haryanto, Along Ezendy, Bohari Ibrahim dan Liza Abdullah.

Sumber www.budiey.com

Labels: , , ,