Floria Putrajaya 2012, 30 Jun - 8 Julai

Bermula dari 30 Jun - 8 Julai 2012, Putrajaya FLORIA 2012 akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.

FLORIA 2012 akan mempersembahkan pameran daripada industri hortikultur; produk landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta pameran bunga. Pengunjung yang hadir pasti terpukau dan terpesona dengan hasil dekorasi hamparan taman-taman bunga indah pelbagai warna, hiasan pintu gerbang dan laluan bunga-bungaan yang diatur dengan pelbagai susunan kreatif beserta rekabentuk landskap yang sangat unik.

Bertemakan “Bunga Kertas - Tetap Menawan”, FLORIA 2012 akan mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.

Marilah beramai-ramai berkunjung ke FLORIA 2012 dan menghayati kemeriahan serta keindahan festival yang penuh berwarna-warni !

Labels: