Gambar majlis resepsi Fasha Sandha dan Jejai | Persandingan di Perlis

Kira bersanding bertigalah ni ye, apapun tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Pasangan pengantin baru,Fasha Sanda dan Jejai telah merealisasikan majlis resepsi mereka pada 3 Jun 2012 di kampung halaman Fasha sendiri di Perlis.

Dalam majlis yang bertempat di taman rekreasi Tasoh Lake Resort & Retreet,lebih kurang 800 tetamu yang hadir terdiri daripada keluarga,media dan peminat bertuah.

Terdahulu Pasangan ini diijabkabulkan dalam majlis pernikahan secara tertutup di Hotel Crowne Plaza pada 27 April 2012.

Tiga minggu selepas bernikah, pasangan ini menerima berita gembira selepas Fasha disahkan mengandung.Lebih bermakna lagi,bukan hanya mereka berdua yang akan diraikan, sebaliknya bertiga bersama anak dalam kandungannya yang kini berusia tiga minggu lebih.

Labels: , ,