(Gambar) Perkahwinan Irma Hasmie dan Reza

Tahniah buat pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, yang sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Berseri-seri betul Irma ni, suka tengok fesyen dan gaya persalinan diorang ni.

Tetiba tingin pulak nak bergambar kawin dengan hubby pastu anak-anak jadi flower girl cea cea cea hihi, dah lama simpan hasrat ni tapi hubby takmo pulak.

Ha dah melalut pulak pepagi ni, kita kembali kepada tajuk asal ye hihi, pada majlis tersebut Irma menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.

Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.

Alhamdulillah dah settle pon pernikahan diorang, tinggal majlis resepsi je kan. Resepsi kedua-dua mempelai ini akan diadakan pada 1 Julai di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam. Ada sesiapa dapat jemputan? Anyone? Of coz not me hihi




Labels: , ,