Hadiah Anniversary ke 8 Wee Wee

 
 TQ hubby

Hahahahahhahaha sebelum nak mulakan cerita ni, nak gelak puas2 dulu..Hehehhe korang mesti ingat jam daku pernah hilang 27/2/2012 yang lepas, ingat tak? kalau tak ingat boleh klik link tadi tu, jam tu dah 5 tahun ku pakai. Okeh kemudian tak lama pastu kan beli jam baru pada 15/3/2012 kan, nak tengok jam baru tu boleh klik link 15/3/2012 tu.

Pastu jam baru tu pon hilang jugak!!!! Hilang di Masjid Shah Alam, di tempat wudhu', huwaaaaaa nanges hentak kaki!!! Orang kata takde rezeki kan, yang pelik cari di kaunter pertanyaan Masjid Shah Alam tu pon takde, siap staff tu walkie talkie member2 cleaner dia lagik, still takdo jugak.

Takpelah, mungkin dah takde jodoh denganku. Kalau korang perasan, jam-jam ku itu hilang di tempat yang baik, tempat ibadat, hubby kata takpelah, kita pon tahun setiap yang berlaku ada hikmahnya, bukan rezeki kita, mungkin jadi rezeki untuk orang lain, daku pasrah....

 
 
 Jam daku, jam hubby

So bersempena Anniversary ke 8 pada 5/6/2012 yang lepas, hubby dengan murah hatinya telah membelanja daku beli jam baru, kali ini daku request jam murah je, sebab kalau hilang lagik daku taklah ralat sangat yang ini hanya RM120 je, beli di kedai yang sama dengan yang daku beli sebelum ini, daku suke pink so sebab tulah pilih pink jugak.

Hopefully jodoh daku dan jam baru ini akan berkekalan, kali ini daku dah ingatkan Najwa, Najiha dan Adam, kalau ibu tanggal je jam ini, ingatkan ibu di mana ibu letakkan tadi tau, kalau Najwa Najiha tu bolehlah ingatkan ibu, tapi Adam tu? hehehehhehe


Labels: , , ,