Hari Sukan SK Taman Seri Gombak 2012


Seronok!

Seronok!

Penat!

Pagi-pagi lagi dah terpacak di Stadium UIA, Gombak. Fresh pepagi dah tengok kehijauan padang balapan tu. Senang je bebudak ni bangun dan mandi pagi, sebab pas sukan kan nak mandi-mandi Sunway Lagoon, bak kata Najiha mandi kat "Salegun" hihi..

Berdebar-debar ibu tengok track padang tu, terus ibu terimbau kenangan masa skola rendah dulu..mana taknya dulu daku ni kira atlet skola, untuk acara balapan je tau! bola padang I tak join, ganas sangat rasanya, I kan ala-ala wanita melayu kan..

Pagi tu acara dimulakan dengan sukaneka tahap 1, Najwa lah tu, tengok jelah gelagat diorang ni. Seronok! Kelakar! Semangat! Terpekik-pekik parents bagi sorakan kat anak memasing, Cepat! Cepat! Lompat! Baling! Lari2! Hihihi 



 
 Cepat! Najwa! Cepat!

 
 Sedang menyusun tin
 
Terpelecuk pulak kat situ, sian Najwa
 
 
YEAA!!!!!
 
Over kan ibu dia, rupa-rupanya ibu je yang duk tengah2 track tu amik gambar bebudak ni huhuhu. Biarpun panas, masing-masing tidak kisah untuk berjemur, bukan lama pon, siap je acara diorg ni, terus berteduh bawah pokok. Yang best group najwa dapat no 3, oklah kan, berbaloi ibu abah duk tunggu ke hulu ke hilir dengan adik-adik, yang penting masing-masing happy!



Tahniah buat Najwa and friends!! Ha lagi satu acara lari 50m kita citer besok ek! Diikuti dengan citer "Salegoon"!! Hihihi..Badan rasa penat yang teramat sangat, tapi apakan daya banyak kerja perlu dilunaskan, justeru cuti dibekukan hehehe, layan jela nasi lemak paru pagi ini, tetiba bahu terasa sakit macam salah bantal plak tido malam tadi..


Labels: , ,