Jalan-Jalan Ke Cameron Highlands pula

 

Hari ini hari ke empat (4) kami di Perak. Seronoknya sebab ini bermakna dah empat hari jugaklah daku bercuti dari kerja, cuti drive kereta dan cuti dari menyusuri hiruk pikuk jammed di tengah bandaraya kota Kuala Lumpur. Jagalah ko ek, masuk je opis nanti ko terimalah habuannya hehehhe...Takpelah lagipon cuti ada 21 hari, pas tolak 4 hari ni ada balance lagi 17 hari, wahhhh kumpul cuti, kumpul cuti! hehehe

So semalam abah bawak kami semua jalan-jalan ke Cameron Highlands, jarak dan waktu perjalanan hanyalah kira-kira 45 minit dari rumah sewa en hubby di Simpang Pulai, Perak ini. Seronoknya, sebab selalu kene tempuh perjalanan yang lama kan, tapi kali ini katakan TIDAK!


 

Jadi kalau sudah ke Cameron ni, pastinya tidak lengkap perjalanan anda jika tidak singgah di Cameron Valley, BARAT Plantation ini, luas ladang tehnya, kami tiba di sini kira-kira jam 10.30 pagi selepas menikmati mee kicap di bandar Ipoh semalam tu. Jadi daku telah mengorder satu teko air teh untuk 4 orang menikmatinya. Jadi harganya dalam RM14, so menikmatilah sambil melihat ke ladang teh yang luas dan saujana mata memandang.

Emmm nyaman sesangat! Tengok si Adam, chewahh ko Adam, ko pon minum teh jugak ek? Nanti perut kembong suh Abah sapukan minyak ek. Emm setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda kembung sebab tidurnya lena sahaja ;).


 

Si Najwa adalah tukang pembancuh teh tersebut, pandai Najwa ambik hati Ibu dan Abah ye, bagus-bagus memang ciri-ciri anak sulung ini terserlah pada beliau kekekek...sesiapa ingin mencari calon menantu? Inilah mungkin salah seorang calon yang anda cari-cari...:).

Adam pulak, sekejap-sekejap nak teh, sekejap nak teh, dan lagi dan lagi...Sedap benar bancuhan teh Si Najwa ni, sampai abahnya minum secawan setengah jek, ibu lupe sebab abah duk sibuk buat keje opis dia, sempat lagik laki daku ni bukak lappy dia kat sini...Eiiiiii  Eiiiiii Eiiiii...Sabor jela...
 
 

Najiha pulak, jadi assistant abahnya, sikit-sikit abah, sikit-sikit abah..Hmmm eloklah sebab muka pon ada iras kan, kalau tak iras sangsi pulak jadinya hehehhe.... Inilah hubby saya yang workaholic itu, kalau tak dapat anugerah pekerja cemerlang, tidak ketahuanlah saya, cuti tahunannya ada lebih kurang 40 HARI lagi!! Owhhh tidak! Mencik kan? Dahlah susah nak dapat cuti, kalau cuti pulak kene keje jugak, TIDAK ADIL SUNGGUH!! Kepada majikan suami saya itu, tahun depan naikkanlah gajinya dan kurangkanlah bebanan kejenya, voleh???? Bertuahlah kan...Sekian!


Labels: , , ,