Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55

Tahniah Diucapkan kepada semua pihak kerana menyemarakkan majlis keagamaan seperti ini. Dah tak lama nak puasa kan, dulu masa kecik2, asal
tengok je majlis tilawah ni mesti puasa nak dekat dah ;)

Qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali dan Qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Minah Che Awang masing-masing diumumkan johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 di sini Jumaat.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata dan sijil penyertaan.

Muhammad Anuar, 36, seorang guru pendidikan Islam memperoleh markah 93.66 peratus manakala Che Minah, 57, guru al-Quran pula memperoleh 84.33 peratus.

Seramai 27 qari dan qariah menyertai tilawah yang berlangsung selama limahari sejak Isnin lalu dan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'. - BERNAMA

Labels: , ,