Mandi Manda di Sunway Lagoon! Yeehaa!!

 
Nantikan kami Ahad ini hehehe

Ada yang rindu ke? Kekeke baru sehari tak update blog kan, hati meronta-ronta nak mencurahkan rasa tapi tak berkesempatan akibat kesibukan tahap gaban. Cuba untuk menyinggah di blog kengkawan bila ada kelapangan. Insya Allah Ahad ini kami anak beranak akan bergumbira di Taman Tema  Sunway Lagoon bersempena Family Day ofisku ini. Hmmm seronok rasanya sebab memang dah lama tak gi water theme park dengan anak-anak. 

Actually pagi Ahad tu adalah Hari Sukan Sekolah Najwa yang akan diadakan di UIA, Gombak. Memanglah wajib kene pegi sebab Najwa masuk macam2 acara. Dari cerita Najwa ni, dia akan masuk acara lari 50m, larian berhalangan, baling pundi kacang, tu yang seronok nak pegi tu. So rasanya tengahari baru akan bertolak ke Sunway Lagoon. Alahai matahari dah terpacak atas kepala time tu kan, takpe demi anak-anak kita mesti pegi, lagipon dah berjanji dengan diorang ni since last week lagi. Tiap-tiap hari tanya bila nak mandi, bila nak mandi, hehehe memanglah hari-hari mandi kat rumah tapi of coz tak sama ngan suasana kat Sunway Lagoon tu kan.

Hmmm nak kene bawak baju mandi ni, hehehe...tak padan ngan budak kecik kan, sama excitednya ehhehe...

P/S : Selamat berhujung minggu semua!!

 
  

Labels: ,