Naik Feri Pi Pulau Pinang!

Gelap gambarnya

Cerita bercuti minggu lepas bersambung lagi ke hari ini. Hari Jumaat lepas abah melawat sekolah di Sungai Petani. Bagi mengelakkan kerja abah diganggu keriuhan anak2, Abah kemudiannya drop kami di Pasaraya Central Square tu. Abah suruh shopping sementara abah akan ambil kami semula dalam 1 jam kemudian. Shopping dengan bebudak ni? Owhh haru biru ko!!! Adam very active, ditawafnya satu floor kat tingkat baju kanak-kanak tu, bukan setakat berlari, siap main nyorok2 lagik.

Puaslah kata ko nak mencukupkan sejam tu dan yang paling haru, abah datang jemput kami 2 jam selepas tu. Wahhh rasa lama sangat waktu tu berjalan, puas dah ibu umpan anak2 dengan eskrem, main mainan. Akhirnya tepat 2 jam hero penyelamat ibu datang menjernihkan keadaan kelibut itu ;).



 
 Seronok berjalan ni

Kemudian abah ajak pegi Penang pulak, tu yang kitaorang pi makan-makan kat Padang Kota Lama, sedap makan sambil menikmati angin sepoi-sepoi tepi laut tu kan. Pastu balik tu pulak naik feri. Tentulah ianya moment yang paling best skalik. Bebudak ni excited sesangat, terutama si Adam tecit tu, tengoklah sampai ternganga mulutnya. 

Mana taknya ini pengalaman pertama Adam naik feri, manakala kakak-kakaknya dah pernah naik sebelum ini tapi tidak mengerti apapun masa tu, kecik lagi memasing waktu tu ;). Harganya masih sama RM7 je masuk Penang ni. Kitaorang masuk ikut jambatan Pulau Pinang dan baliknya barulah naik feri.

 
 Abah yang kepenatan tapi cover2 hehehe

 
Ternganga si Adam ni hehe
 
 
Seronok duk depan skalik hehe

Entah bila boleh sampai sini lagik kan, tunggu bebudak cuti sekolah barulah dapat ikut abah pi Utara. Aritu dah pekena Mee Kicap di Ipoh. Rupanya orang Perak pon ada yang tak tau kewujudan Mee Kicap ini ek, heheh takpa nanti hangpa balik sana, hangpa boleh try, amacam? Ok tak speaking utara? hehehehe

 


Labels: , ,