Panduan Dan Menu Pemakanan Seimbang

Hmmm menjaga pemakanan memang penting bagi memastikan tahap kesihatan kita terpelihara. Yang penting jaga kuantiti menu yang diambil selain memastikan menu tersebut tidak tinggi kandungan kolesterolnya. Di sini dikongsikan panduan pemakanan seimbang untuk kita amalkan bersama.

1. Makan nasi, produk bijirin dan ubi, terutama bijian penuh yang mencukupi.

• Ini termasuk nasi, produk bijirin seperti mi, roti dan gandum atau ubi seperti kentang dan keledek pada setiap hidangan.

• Pilih produk bijirin seperti roti, biskut yang tinggi serat dan rendah lemak, gula dan garam.

• Bijian penuh mengekalkan semua bahagian bijirin asli iaitu bran dan germ. ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral, fitokimia (bahan kimia tumbuhan) dan serat berbanding bijirin terproses.

2. Makan banyak buah- buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

• Makan sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur- sayuran dan dua hidangan buah-buahan setiap hari.

• Amalkan kepelbagaian dengan makan buah dan sayuran berlainan setiap hari.

• Ambil sayuran berdaun hijau gelap dengan batang boleh dimakan seperti sawi atau kailan setiap hari atau sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu.

• Ambil sayur-sayuran buah dan akar seperti tomato, peria, kacang bendi, lobak merah dan sayur-sayuran tidak berdaun seperti bunga kubis, brokoli beberapa kali seminggu.

• Fitokimia dalam buah dan sayuran memberikan warna hijau, merah, oren, kuning dan ungu yang menjadikannya menarik. Kebanyakan fitokimia bertindak sebagai antioksidan dan melindungi sel tubuh.

3. Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan bijian secara sederhana.

• Ambil daging, ayam dan itik secara sederhana.

• Ambil telur dalam jumlah sederhana sehingga purata sebiji sehari (seluruh atau dalam hidangan).

• Ambil produk kekacang setiap hari seperti kacang pis atau dal ke dalam sup atau sediakan produk kekacang seperti tempe dan tauhu.

• Ambil kacang sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai snek atau pengganti daging, ayam dan itik dalam masakan.

• Ikan membekal protein, vitamin B dan iodin. Ikan bersaiz kecil dengan tulang boleh dimakan membekalkan kalsium. Kebiasaannya ia lebih rendah kandungan kolesterol berbanding daging, ayam dan itik. Sesetengah ikan tiada kandungan asid lemak omega 3 yang dikaitkan dengan penyakit darah tinggi dan jantung.

4. Ambil jumlah susu dan produk tenusu yang mencukupi.

• Susu adalah makanan berkhasiat mengandungi pelbagai nutrien penting. Individu daripada semua peringkat usia harus mengambil susu dan produk tenusu setiap hari.

• Tambah susu dalam makanan dan minuman.

• Pilih susu rendah lemak jika anda perlu mengurangkan berat badan berlebihan.

• Guna susu tepung atau cair, bukannya pekat manis dan susu pekat sejat manis.

• Jika pengambilan susu menyebabkan anda rasa kembung, cirit-birit atau muntah, anda mungkin tidak boleh mengambil laktosa. Namun anda masih boleh menikmati manfaat dengan memilih produk tenusu bebas seperti dadih dan keju.

5. Makan secara pintar.

• Mengamalkan diet seimbang untuk memperoleh nutrien dalam kombinasi sepatutnya.

• Memakan pelbagai jenis makanan dan pastikan memilih makanan sihat.

• Mengambil makanan secara sederhana bermakna mengambil jumlah makanan sesuai untuk mengekalkan berat badan sihat dan mengoptimumkan proses metabolisme badan.

• Mengambil makanan mengikut waktu makanan.

Labels: , , ,