Restoran Istana Bambu, Ampang


Ini hadiah untuk abah sempena hari bapa-bapa semalam, asyik2 abah je yang belanja ibu kan, kali ini kita makan-makan di Istana Bambu pulak untuk merealisasikan keinginan abah untuk mencuba menu-menu di sini. Memula ibu takut nak masuk restaurant ni, eh, kalau abah belanja takde pulak rasa tu datang, kekekekekkeke.....


Bukan apa, takut harganya mahal, sebab bukak-bukak je menu, nah ko, satu dish tu mencecah harga RM40 hengget, satu menu okeh..so belek-belek menu-menu seterusnya, barulah keyakinan dan rasa tenang itu datang hehehhehe...barulah nampak, side menu hidangan small and large. Ha..inilah takat kemampuan poket ibu kan...kalau ikutkan ibu nak buat-buat pengsan je kat situ pastu blah je, hehehhehe




Then belek punya belek, abah order hidangan yang abah nak cuba tu, seperti udang sambal petai, ayam goreng ala thai, tomyam campur dan gulai daging salai. Emmm sedap jugak, pedas kata kau!! bebudak ni makan ayam goreng tu je, pedas-pedas tu pon sedap jugak. Air pulak, fresh orange, asam boi dan laici.

Sesiapa yang ingin mencuba hidangan di restoran ini, bolehlah melayari http://www.istanabambu.com.my/.

Restoran Istana Bambu
Alamat : Lot 841-842 Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor. (tak jauh dari Zoo Negara)
Phone No : 03-42514717

Suasananya seperti berada di taman istana dan kawasan sawah padi, tapi pokok padi tu dah ala-ala mati kepanasan. Mungkin sebab sekarang kan musim panas dan jeberu, sampai dah nazak gitu pokok-pokok padi tu.

So bil untuk makan-makan di sini ialah RM105, ok not bad, tapi pada pendapat saya, suasana di restoran ini ok, menarik, tapi untuk rasa makanan tu sendiri perlu di upgrade kan untuk kepuasan pelanggan. Dan yang paling penting khidmat pelanggan, sebab rasa macam kene tunggu lama je untuk ambil order tu. So itu sahaja review makan-makan untuk kali ini.



 
Sabar anak2, ada yang terjun kolam ni kang


Labels: , , ,