Santai Place ~ Fine Thai Cuisine, Jalan Gombak

 

Terletak di Batu 10 Jalan Gombak, menghala ke jalan lama ke arah Karak. Lokasi restaurat ini berdekatan dengan Mimaland, pernah dengar tak nama tempat ni? Dulu-dulu famouslah, skrang ni jadi tempat mandi manda yang tak berapa nak fames dah. Atau nak senang lagik, bertentangan dengan kawasan tanah perkuburan, Jalan Gombak, Batu 10.

  

Tempat ini menjadi tumpuan pelajar UIA Gombak yang berdekatan untuk makan malam sambil chit chat sampai ke tengah malam. Banyak-banyak kedai makan yang ada di deretan ini, restauran Santai Place ini menjadi tumpuan sebab susun atur meja dan kerusi makannya kemas dan teratur. Suke benor mata ini memandangnya, maklumlah nak menikmati hidangan malam kan, mestilah dalam keadaan tenang dan mendamaikan.
 
 

Makan di sini seolah-olah berada di tempat yang santai sangat-sangat. Anak-anak boleh berjalan ke sana kemari sewaktu menikmati hidangan, mana taknya, Adam kan tak boleh duduk diam, tempat ini memang sesuai untuk anak-anak yang lasak macamnya. Beratapkan dada langit (chewah ayat ko tak boleh blah) hehehehhe.. Terasa macam makan kat rumah je.
 
 

Yang sedapnya di sini ialah menu tomyam dan ikan siakap stimnya. Entahlah nak kata terlampau sedap tu takdelah, tapi environment nya tu yang membuatkan kami nak datang ke sini untuk kali keduanya. Inilah menu-menu yang kami order malam tu. Total semua skalik ialah RM59. emmm berbaloilah kan untuk hidangan sebegini dengan keselesaan yang dipakejkan itu.

 
 
Nyum-nyum, tomyamnya kaw

 
Alahai Najwa, malulah sikit hehehhe

Emmmm, tapi kan, tomyam dia ni tak boleh lawan dengan tomyam yang kami makan di De'Chiangmai Sungai Buloh. Tapi harga di Santai Place ni lebih murah dan lebih dekat dengan rumahku.

Labels: , ,