Sinopsis Maharku Untukmu | Slot Cerekarama TV3 30 Jun



Ala-ala drama dua darjatlah ni, daku kan suka layan drama citer melayu kan, citer ni boleh layan sebab suke tengok lakonan semua pelakon-pelakon yang best-best ni.

Para Pelakon: Nabila Huda, Adi Putra, Norish Karman, Iqram Dinzly.

Sinopsis:

Kisah bermula dengan Tengku Aishah teringat permulaan perkahwinannya dengan drivernya Putra. Kehidupannya dengan tengku Ariff sangat sosial. Tengku Aishah (Nabila) kehilangan tunangnya Tengku Ariff beberapa minggu sebelum tarikh perkahwinan berlansung. Tidak lama kemudian, Tengku Aishah berkahwin dengan Putra untuk menutup malu yang Aishah mengandung luar nikah.

Sebab utama Putra dipilih papa Aishah adalah untuk membimbingnya dalam agama. Terpengaruh dengan mamanya yang mementingkan darjat, Aishah menganggap suaminya itu berkahwin dengannya hanya kerana hartanya semata-mata. Aishah dipaksa oleh mamanya untuk bercerai. Namun dia menyedari Putra mencintainya dengan ikhlas.



Labels: , , , ,