Tersasul panggil nama anak-anak, normalkah?


Dulu masa zaman kanak-kanak ribena selalu gelakkan emak yang selalu tersasul-sasul panggil nama anak-anak. Nak panggil nama si adik terpanggil nama si kakak, si abang, abis semua nama disebutnya. Contohnya mak nak panggil Alin (adik), mak akan terpanggil ju (daku), Ijan (Abang). Kalau tersasul akan jadi linjujan, janlinju, julinjan...Sian mak ;)

Hmmm sama jugaklah dengan daku, tulah selalu gelakkan emak lagi, kan dah kono atas batang idung sendiri. Terbelit-belit lidah nak sebut nama sengsorang tu. Padahal anak baru 3 orang, lagaknya macam sedozen hihi..Kalau sedozen tu bolehlah dimaafkan lagi kan. Contohnya, si Najiha mengacau si Adam bermain, lalu si Adam melaung menangis dan mengundang amarah ibu beliau hehehe.

Ibu : Najwa, jangan kacau adik! Eh Najiha!!

Najwa : Ibu, ni sikit-sikit Najwa, Najwa, Najwa! (dengan nada kecewa sambil mencebik bibirnya)

Ibu : Alolo sorrylah ibu tersasul, ibu kan memang selalu macam ni 

Hmm bukan sekali dua, tetiap hari pon macam tu. Penat tau tersasul ni, nak sebut nama sorang je, tapi dah tersasul sampai semua nama anak disebutnya. Memang fenat kan, macam orang melatah dicucuk pinggangnya, hihi peribahasa baru ni, jangan ditiru peribahasa ini ye adik-adik yang masih bersekolah.

Adakah faktor umur semakin meningkat, jadinya tahap memori semakin low dan memerlukan tambahan atau extra memory card di situ? hehehhe...Yang penting banyakkan zikir, dan mengingati benda-benda yang baik, dan yang penting hubby ada sound daku, cea cea cea sound tu hehehe, katanya pikir dulu sebelum bercakap! OOooOOoOOo ok yang


Labels: ,