Ulangtahun Perkahwinan ke 8 tahun, Alhamdulillah!

 Feeewwiiittttt hehehhehe

Hari ini genap ulangtahun perkahwinan kami yang ke lapan (8). Macam baru je naik pelamin rasanya. Eh, pasai apa rasa macam tu ek? ;)..Alhamdulillah selama 8 tahun ini menempuh pelbagai dugaan dan cabaran bersama. Memang diakui ianya bukan mudah kan, kata orang sedangkan lidah lagi tergeget kan kan kan....



Dikurniakan dengan dua orang puteri dan seorang putera merupakan rezeki paling berharga dan bermakna buat kami. Kehilangan seorang putera sulung kenangan yang indah dan menjadi inspirasi untuk terus melalui liku kehidupan dengan lebih tabah!

Terima kasih buat abah kerana menggembirakan kami anak-beranak, syukur pada Allah ditemukan denganmu. Daku berdoa semoga kami akan diberikan semangat dan kekuatan dalam membesarkan anak-anak ini untuk menjadi insan soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.



Ada yang tanya bila nak timang anak ke 4? hahahahahha lomah lutut Achik mendongar ni ha, insya Allah memang NAK!!!! Kalau ada rezeki nak anak lagi, tapi biarlah masa menentukannya, ingat berehat dulu sebab Achik ponek jago budak2 ni ha yo....

P/S: Mungkin sebab selalu ditinggalkan oleh suami buat daku rasa baru je berkahwin. Moga hati si dia tetap padaku biar jauh mana pun si dia ditugaskan. Kan bang? Kan? Kan? Hihi
 

Labels: , ,