KUALA LUMPUR: Laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai pukul 11 malam Rabu hingga pukul 6 pagi Khamis.
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam kenyataan pada Isnin berkata penutupan itu adalah bagi kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.
Pengguna boleh menghubungi SMART Helpline di talian 1-300-88-7188 untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA
Labels: Terowong SMART Ditutup Pada 21 dan 22 Mac Ini